Beberapa hari lepas kita di kejutkan oleh seorang hacker yang mengelarkan dirinya "Tiada Otak" yang telah mengodam laman web rasmi Rileks Crew dan sebelum itu, laman web Dragon Force. Menurut sumber-sumber yang dipercayai, serangan ke atas kedua-dua laman web berkenaan dilakukan oleh orang atau group yang sama. Dragon Force dan Rileks Crew dikatakan antara kumpulan hackers yang ditakuti di Malaysia, selepas GaySec dan Ahli Syurga Crew. Banyak keratan akhbar yang memaparkan kejayaan mereka melumpuhkan banyak group murtad dan group yang menghina Islam. Ceciput System difahamkan motif serangan ke atas kedua-dua lawan web ini adalah bertujuan menyedarkan hackers baru, Wannabe Hackers dan Script Kiddies dengan perbuataan mereka yang tidak matang menyerang beberapa laman web dan page-page secara tidak profesional. Laman Web Dragon Force di serang kerana "vulnerable" iaitu terdedah kepada serangan SQL injection. (mungkin database Dragon Force telah di dump untuk mendapatkan password administrator).
Kredit gambar dari www.kenahack.com
Ini menunjukkan Dragon Force masih diperingkat Hackers biasa, tidak mampu lagi untuk bersaing dengan hackers dari luar. Terdedah kepada serangan SQL injection adalah amat memalukan. Sepatutnya Dragon Force perlu memantau dahulu kelemahan-kelemahan yang terdapat di laman web mereka. Ura-ura mengatakan bahawa Dragon Force telah melahirkan ramai hackers yang tidak berkualiti, hacker yang menunjuk-nunjuk dengan kebolehan mereka seperti DF-ARMY, Baby-DF, DF-Trooper, DF-Media dan DF-Monster telah mendatangkan kemarahan kepada Hackers yang berpengalaman dan profesional. Dibawah adalah pesanan dari hacker "Tiada Otak" kepada Dragon Force.
Ramai di antara mereka bermegah dengan kebolehan mereka yang tidak seberapa. Kebanyakan hackers baru ini mengunakan Distributed Denial of Service(DDOS) dan phishing sebagai tools utama mereka. Kedua-dua skill ini adalah skill yang paling kuno, dengan kata lain, skill yang paling memalukan. Sesetengah daripada mereka mengunakan kaedah ini untuk kepentingan mereka sendiri. Motif dan visi mereka adalah untuk membalas dendam dan menjatuhkan seseorang. Sebagai contoh:
Aktiviti mereka boleh dikatakan tidak menunjukkan diri mereka sebagai hacker yang beretika. Tidak boleh menerima sebarang kutukan yang membina untuk memajukan negara sendiri. Semakin ramai hackers sebegini, semakin rosak lah dunia Cyber di Malaysia. Selain itu, ramai di antara mereka bergaduh sesama sendiri untuk menunjukkan group hacker mana yang lebih berpengalaman dan kuat. Ini boleh dilihat daripada serangan kedua hacker "Tiada Otak" ke atas Rileks Crew.
Motif serangan ke atas Rileks Crew adalah seperti nasihat daripada abang kepada adik-adiknya. Rileks Crew adalah hackers yang telah lama bertapak di Malaysia. Mereka sepatutnya menasihati hackers yang baru. Ceciput System dipahamkan bahawa Dragon Force dilahirkan oleh Rileks Crew.
Pesanan Dari Ceciput System, jadilah hackers Malaysia yang di geruni dengan sifat-sifat terpuji. Hack untuk menguji sesuatu applikasi, jika terdapat kelemahan terhadap applikasi tersebut, bagilah amaran kepada pemaju applikasi tersebut untuk membetulkannya, atau anda sebagai hacker membetulkannya. Jadilah seperti hacker GaySec yang mengodam untuk menaik taraf sesuatu laman web. Merosakkan sesuatu laman web hanya mendatangkan kebencian kepada hackers Malaysia. Janganlah disuatu hari nanti Malaysia dilabelkan sebagai negara penganas atau menjadi seperti negara jiran. Di mana banyak laman web dan negara menghalang mereka dari memasuki laman web mereka. Janganlah terlalu bangga dengan ilmu yang sedikit.
Fikir-fikirkan kata-kata dibawah ini